Tuesday, February 22, 2011

pendapatan

Minggu lepas aku menjual surat khabar lama dan besi buruk kepada seorang pembeli surat khbar lama.
Beliau beritahu aku bahawa perniagaan ini adalah miliknya walaupun lontaran suara mahu membeli surat khabar lama di dalam bahasa cina.
Yang menariknya aku sempat bertanya pada beliau yang aku kira usianya lebih kurang aku juga, berapa pendapatan beliau sebulan.
Jawapannya membuatkan aku terkaku sebentar seperti jantung yang berhenti tatkala bersin.
Jawapannya ringkas apabila berkata 'income saya lepas tolak minyak dan kos lain adalah lebih kurang 8 ribu bersih'
Reaksi aku secara spontan 'waa lebih dari gaji saya nie'
Beliau tersenyum sambil terus mengangkat besi buruk ke dalam lorinya.
Dalam hati aku bangga ada orang seperti dia tapi terasa terpukul bak badai di landa ombak dengan pendapatan beliau.
Aku berfikir sendirian kalau rajin usaha pasti ada kejayannya. Oleh itu aku sangat percaya Tuhan maha kaya dan sentiasa memberi rezeki kepada sesiapa yang berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.
Dan lelaki yang membeli surat khabar lama dan besi buruk ini mencari rezeki sambil membawa anaknya yang masih kecil melihat si ayahnya berpeluh mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Friday, February 11, 2011

pertamanya..

Dengan nama tuhan yang penyayang lagi pemurah.
Mulanya aku tak mahu mencipta blog ni tapi difikirkan balik, elok juga buat blog ni, sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk luahan minda yang berlegar di dalam otak aku ni dalam bentuk tulisan, jadi inilah langkah pertama aku untuk meluahkan buah fikiran aku yang tak seberapa ini.
Untuk hari ini, aku telah terjun ke dunia 'blogsphere'......